WASHINGTON 25 Mei – Amerika Syarikat (AS) menyertai Belanda, Australia, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mendesak Rusia bertanggungjawab terhadap kejadian menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine pada 2014. Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert melalui satu kenyataan memaklumkan, sudah tiba masanya Rusia mengakui peranannya menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu (MAS) selain menghentikan kempen memberi maklumat salah. Nauert juga menyalahkan Rusia berikutan kematian lebih 10,300 orang di Ukraine. – Reuters habis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya