WAJAH Bogolo Joy Kenewendo yang sering tersenyum manis itu secara tiba-tiba menjadi sensasi di internet. Penduduk Botswana sering memuat naik foto wanita muda itu bersama kapsyen memuji-muji kepimpinannya. Mana tidaknya, wanita berusia 30 tahun itu melakar sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai menteri paling muda di Botswana pada April lalu. Kenewendo merupakan salah seorang menteri baharu yang dilantik oleh presiden negara itu, Mokgweetsi Masisi yang mahukan golongan muda memegang jawatan penting dalam negara. Memegang portfolio Menteri Industri dan Perdagangan, Kenewendo menggalas tugasnya dengan baik dan cukup dikagumi rakyat Botswana. Setiap hari,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya