Kita masih menebak sejarah daripada tafsiran ceritera yang tidak berubah di bawah mendung yang berderaian dahaga mereka menghirup daripada serpih gelas yang menuris riuk sengsara. Malah berlembar kebenaran kita selongkar hingga ke ufuk jelaga lapar mereka menjamah daripada retak pinggan yang meracik hayat terkapar. Saat mereka memendam dengkuran bulan tanpa enak jus dan mukjizat zamzam waktu mereka menggenggam kelibat matahari tanpa lazat manisan dan lembut roti. Saban hari menghanyut ratap melingkari lubuk taufan halilintar menukang jerebu usia bersisa di sebalik teluk darah dan air mata sementara kesilapan kita hanya membaca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya