Pembentukan kerajaan baharu belum lengkap. Begitupun sudah ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tiga pemimpin tertinggi parti sebagai menteri kanan Kabinet Pakatan Harapan (PH). Perkara asas iaitu peralihan kuasa yang pertama kali dalam sejarah negara berjalan lancar. Politik budiman sebegini perlu dihargai. Tahniah PH. Tahniah Barisan Nasional (BN). Kematangan kedua-dua belah pihak memungkinkan peralihan kuasa ini tidak dicemari dengan aksi-aksi anarkis walaupun ada provokasi dan andaian-andaian liar. Rakyat mengharapkan Malaysia terus aman dan tenteram. Dalam keghairahan penyokong parti mahu meluahkan perasaan masing-masing, para elit politik seharusnya menahan diri untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya