LONDON – Pemain muda Manchester United, Scott McTominay memiliki motivasi cukup tinggi menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea di Stadium Wembley tengah malam ini. Kedua-dua pasukan dilihat melakukan persiapan yang cukup rapi bagi menamatkan saingan musim ini dengan menjulang trofi tersebut. Bagaimanapun, McTominay menggesa rakan-rakan sepasukan agar meningkatkan lebih semangat pada aksi kali ini dengan menghadiahkan trofi Piala FA itu nanti kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson yang menjalani rawatan di hospital. “Perlawanan itu nanti merupakan aksi penting selepas kedua-dua pasukan mengharungi musim yang amat panjang. Memandangkan tuah tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya