SHAH ALAM 20 Mei – Istana Selangor dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan jawatan Menteri Besar negeri ini, pagi esok. Demikian yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita setelah hampir dua jam mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan isu jawatan berkenaan di Istana Bukit Kayangan, di sini sejak pukul 11.45 pagi ini. Jelasnya, pertemuan beliau dengan Sultan Selangor itu berlangsung dalam suasana yang positif selain memaklumkan baginda turut gembira dengan penjelasan yang diberikannya berhubung isu pentadbiran di peringkat negeri dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya