KOTA BHARU 23 Mei – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob merancang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan hala tuju kerjasama di antara Kerajaan Pas Kelantan dan Kerajaan Pusat. Ahmad berkata, bagi memastikan nasib rakyat negeri ini terus terbela, kerjasama sedia ada menerusi konsep kerajaan dengan kerajaan (G2G) ketika negara di bawah pentadbiran terdahulu wajar diteruskan. “Hubungan Kelantan dengan Pusat sama seperti negeri-negeri lain. Kita hormati kerajaan yang dipilih rakyat dan bersedia menjalinkan hubungan G2G dengan Pusat. Kita tunggu dulu apa dasar kerajaan baharu ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya