MB baharu Negeri Sembilan angkat sumpah esok - Utusan Malaysia

MB baharu Negeri Sembilan angkat sumpah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 11 Mei – Istiadat penyerahan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu akan diadakan esok, pukul 9.30 pagi di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. Istiadat itu dibuat selepas Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri. Kedua-dua istiadat tersebut akan disempurnakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun disebut-sebut sebagai calon bagi jawatan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya