JULAU 27 Mei – Mayat terakhir tragedi bot karam di Sungai Kanowit, Nanga Ensiring telah ditemukan pada pukul 7.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Bidol Noyeng berkata, mayat tersebut dikenal pasti sebagai Eviline Linty Kaya, 23, ditemukan di kawasan Lubuk Tabau, Sungai Kanowit. “Mayat mangsa itu telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. “Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan serta-merta setelah kesemua mangsa ditemukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi. Terdahulu, tiga sekeluarga hilang selepas bot dinaiki karam dihanyut arus deras di lokasi itu pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya