KUALA LUMPUR 25 Mei- Polis menemukan mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh di sebuah unit di pangsapuri Sri Goh Tong, Batu Caves dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditemukan di ruang tamu unit pangsapuri terbabit kira-kira pukul 8.12 pagi. “Mangsa ditemukan oleh kakaknya dalam keadaan berlumuran darah dan kecederaan di leher akibat dikelar. “Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya