TELUK INTAN 27 Mei – Seorang pejalan kaki warga emas maut setelah dilanggar sebuah lori ketika melintas jalan di Kilometer 21, Jalan Teluk Intan-Langkap di sini semalam. Nahas pada pukul 8.45 malam itu mengakibatkan Salamiah Basri, 74, cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan semasa menerima rawatan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, ketika kejadian lori dipandu lelaki berusia 61 tahun itu dalam perjalanan dari Langkap ke Teluk Intan. Katanya, apabila sampai di lokasi kemalangan, mangsa dan cucunya telah melintas jalan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya