MUNICH – Legenda Bayern Munich, Lothar Matthaus mengkritik persembahan pemain tengah, Thiago Alcantara dan mencadangkan supaya gergasi Bundesliga itu mempertimbangkan untuk menjual pemain tersebut dengan nilai yang tepat. Pemain berusia 27 tahun itu yang berhijrah daripada Barcelona pada 2013 berjaya meraih lima gelaran Bundesliga dan dua kejuaraan DFB Pokal, namun gagal menunjukkan aksi yang baik ketika beraksi pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini. Alcantara mendapat banyak kritikan selepas mereka tewas 3-4 kepada Real Madrid dan ketika tumpas 1-3 bagi saingan DFB Pokal ketika berdepan Eintracht Frankfurt, Sabtu lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya