KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau ‘Mat Sabu’ yang diumumkan sebagai Menteri Pertahanan hari ini, menganggap mandat yang diberikan kepadanya itu sebagai satu cabaran besar. Mohamad yang ditemui selepas sidang akhbar pengumuman menteri kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sudah mempunyai perancangan awal bagi pengurusan dan pentadbiran kementerian itu. “Ini satu cabaran yang besar kepada saya, namun, saya akan membuat kajian awal serta mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin kanan kementerian ini. “Saya ingin tahu apa yang berlaku dalam kementerian ini dan perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya