KUALA LUMPUR 19 Mei – Sebanyak 569 asnaf dan 72 anak yatim menerima sumbangan wang tunai pada Majlis Penyerahan Bantuan Ramadan 2018 di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini. Menurut Pengerusi Biro Kebajikan Masjid Jamek Kampung Baru, Mohd. Zakaria Maidu, penerima bantuan dipilih daripada pemastautin yang terdiri daripada golongan yang kurang bernasib baik. Pemilihan dibuat oleh ketua-ketua kariah, di mana semua sekali kita ada tujuh kampung. Sumbangan adalah daripada kutipan tabung yang kita sediakan di masjid ini. Setiap anak yatim terpilih menerima RM300, manakala asnaf pula menerima RM250.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya