KUMPULAN Anak Alam yang mencorak landskap sejarah seni dan sastera tanah air era 1970-an menjadi titik pertemuan Zakiah Mohd. Isa dengan pelukis gaya naif tersohor, Mohd. Yusof Ismail, atau lebih dikenali sebagai Yusof Gajah. Zakiah, 60, yang selesa membahasakan dirinya sebagai mama bercerita, ketika itu, beliau baru berjinak-jinak dengan persembahan teater bagi mengisi masa senggang manakala Mohd. Yusof, 65, atau mesra disapa Pak Yusof tertumpu pada aktiviti melukisnya. Dalam pada itu, Pak Yusof mencelah sambil tersenyum kecil mengatakan, beliau sendiri sudah lupa siapa antara mereka terlebih dahulu jatuh hati saat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya