LOS ANGELES 15 Mei – Marvel Studio sedang dalam pembikinan menghasilkan sebuah filem baharu berasaskan adiwira Muslim, Ms. Marvel. Bagaimanapun menurut laporan BBC, filem itu bukan yang pertama menampilkan wanita sebagai peneraju filem Marvel Studio ketika aktres Brie Larson bakal tampil dalam francais Captain Marvel pada 2019. Penerbit Avengers Infinity War, Kevin Feige berkata, mereka sedang memfilemkan filem Ms. Marvel. Jelas beliau, Ms. Marvel merupakan satu karakter lain dalam buku komik Marvel yang diilhamkan daripada Captain Marvel. “Kami mempunyai rancangan ke arah itu sejak kita memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya