PARIS – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez terus menguasai saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila melakar kemenangan ketiga berturut-turut selepas muncul juara pada Grand Prix (GP) Perancis di Litar Bugatti, Le Mans malam tadi. Pada saingan tersebut, pelumba Ducati, Jorge Lorenzo yang menguasai kedudukan pertama disaingi hebat oleh pelumba Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco serta seorang lagi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso. Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Dovizioso yang berjaya memintas kedudukan pertama telah terjatuh ketika saingan memasuki pusingan keenam. Nasib malang turut menimpa pelumba tuan rumah, Zarco apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya