MANILA – Filipina menyuarakan ‘kebimbangan serius’ berhubung kehadiran pesawat pengebom strategik China di Laut China Selatan, manakala kementerian luarnya mengambil ‘tindakan diplomatik yang bersesuaian’, kata jurucakap Presiden Rodrigo Duterte semalam. Pesawat pengebom tentera udara China termasuk jet berkeupayaan nuklear, H-6K mendarat dan berlepas dari beberapa buah pulau dan terumbu di Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada latihan tentera pada minggu lalu, mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat di Manila. Amerika Syarikat turut menghantar beberapa kapal perang ke zon tuntutan bertindih itu. Filipina tidak dapat mengesahkan secara bebas tentang kehadiran pesawat-pesawat pengebom China…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya