KUALA LUMPUR 29 Mei – Sempena cuti umum perayaan Hari Wesak yang berlangsung hari ini, sebahagian besar warga kota mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga dengan membeli-belah sebagai persiapan untuk perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Tinjauan Utusan Online di beberapa lokasi seperti di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati, ramai warga kota berpusu-pusu mengunjungi premis jualan yang popular bagi mendapatkan keperluan masing-masing. Seorang penjawat awam, Mustakim Ramli berkata, dia sememangnya tidak sempat untuk membawa ahli keluarganya berbelanja pada hari biasa memandangkan sibuk dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya