PUTRAJAYA 15 Mei – Seluruh rakyat Malaysia mengutuk tindakan kekerasan Israel yang membawa kepada kematian 58 orang warga Palestin serta lebih 2,000 orang cedera dalam insiden bantahan terhadap pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmuqaddis, semalam. Kementerian Luar dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia menyatakan kebimbangan ekoran tindakan keganasan ditaja kerajaan itu akan membangkitkan sentimen dan tindak balas kekerasan yang tidak hanya terhad di peringkat Asia Barat. Ujar kenyataan tersebut, tindakan kekerasan Israel itu juga akan menjejaskan usaha masyarakat global menangani keganasan. “Kekejaman Israel yang menyalahgunakan kuasa atas alasan mempertahankan diri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya