KANGAR – Lebih 95 peratus peniaga di Perlis tidak lagi menggunakan surat khabar sebagai lapisan pertama pembungkusan makanan di Bazar Ramadan di seluruh negeri. Pengarah Kesihatan Perlis, Dr. Zaini Hussin berkata, peratusan itu berdasarkan tinjuan semasa di Bazar Ramadan di Kangar, Arau dan Padang Besar. “Perkembangan ini amat positif selain majoriti peniaga Bazar Ramadan di Perlis dapat menjaga kebersihan dengan baik. “Jabatan Kesihatan Perlis lebih menekankan nasihat dan teguran berbanding tindakan undang-undang semata-mata,” katanya ketika dihubungi hari ini. Kementerian Kesihatan menetapkan beberapa syarat dalam membenarkan pengendali makanan menggunakan kertas surat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya