AGIH. Sebanyak 1,350 bungkus makanan diagihkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai juadah berbuka puasa kepada golongan miskin sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 150 bungkus makanan akan diagihkan di sembilan lokasi Pusat Agihan Zakat (PAZA) setiap hari. Antaranya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, UTC Keramat Mall dan PAZA Parlimen Lembah Pantai. Majlis perasmian agihan ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya