KLANG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mahu kerajaan meletakkan gerakan koperasi itu di bawah satu kementerian khas dalam memperkasakan peranan mereka. Usaha itu sekali gus dapat membantu pembangunan ekonomi negara. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga kini kerajaan belum memutuskan pihak yang akan bertanggungjawab terhadap gerakan koperasi seluruh negara berkenaan. Beliau berkata, pihaknya menyeru supaya kerajaan dapat memutuskan secepat mungkin berhubung perkara itu agar gerakan koperasi dapat berkembang dan merancang program tahunan. “Saya percaya jika ada satu kementerian yang dikhaskan untuk menjaga koperasi, peranan gerakan ini terus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya