RAMALLAH 22 Mei – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas disahkan menghidap penyakit pneumonia namun keadaan beliau semakin pulih. Seorang anggota Parlimen Arab Israel, Ahmad Tibi berkata, beliau melawat Presiden di hospital malam tadi dan Mahmoud menghidap pneumonia dan dirawat dengan antibiotik. Sementara itu, Ketua Hospital Arab Istishari dekat Ramallah, Saed Sarahna berkata, Mahmoud dikesan mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru kanannya dan keadaan beliau semakin pulih. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya