Telah dapat ku pastikan betapa mahligai keyakinan itu sentiasa berada di atas lapisan timbunan harapan di penghujung hayat sebuah perjalanan bagai diadaptasikan dengan warna-warna pilihan cinta dari sebuah lukisan – menggamit kemesraan berlambangkan kasta kasih sejati… begitu kuat mendakap purnama tanpa gerhana dengan neraca janji penuh setia – dari kata yang dikota walau sesekali senja datang bersama dan menggoda. Namun, dapat jua ku kutip bunga-bunga rindu yang luruh di atas hamparan permaidani mahligai nostalgia ini persis telah ku miliki sebuah ‘titian hasrat’ dengan janji yang telah ku lunasi sebelum menyeberang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya