PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali ke Kompleks Perdana Putra semalam sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas 15 tahun berundur sebagai Perdana Menteri Keempat Malaysia pada tahun 2003. Beliau yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bersama Pakatan Harapan menerima tepukan gemuruh daripada 1,000 penjawat awam yang berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebaik sahaja naik ke atas pentas. Ia merupakan perjumpaan pertama beliau dengan warga (JPM) sejak kembali menerajui pemerintahan negara. “Saya bersyukur dapat sekali lagi memainkan peranan dalam pentadbiran di negara bertuah ini,” kata Mahathir memulakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya