SEREMBAN – Sebuah lori membawa muatan pasir terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini kira-kira pukul 8 pagi ini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lori itu dipercayai hilang kawalan sewaktu sedang bergerak di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun itu dalam perjalananan daripada Triang, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor. “Apabila sampai di tempat kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki gaung sedalam tujuh meter yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya