KUALA LUMPUR 26 Mei – Kerajaan yakin mekanisme terbaik dapat dicapai dalam tempoh terdekat berhubung usaha untuk melonggarkan syarat kelayakan pinjaman bank perumahan menerusi perbincangan yang melibatkan beberapa pihak. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, perbincangan yang sedang berlangsung antara Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu bertujuan mencapai jalan penyelesaian terbaik untuk masyarakat serta pihak bank. “Mesti ada mekanisme terbaik untuk menyelesaikan masalah syarat pinjaman perumahan tanpa menjejaskan kepentingan dan peraturan pihak bank. “Perbincangan sudah ada dan kita cuba selesaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya