LYON – Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mendakwa, Liverpool masih belum melakukan sebarang bidaan untuk pemain tengah mereka, Nabil Fekir. Bagaimanapun, Aulas memberikan amaran kepada mana-mana pasukan bahawa mereka harus membuat bidaan lumayan jika berhajat mendapatkan khidmat pemainnya itu. Pemain antarabangsa Perancis itu kini dilaporkan bernilai sekitar £60 juta (RM321 juta), namun harganya mungkin akan meningkat ekoran persembahan positif yang dipamerkan pada penghujung musim dan pada aksi Piala Dunia nanti. Liverpool dilaporkan mengetuai perlumbaan untuk mendapatkan Fekir tetapi Aulas menegaskan, mereka masih belum menerima bidaan rasmi daripada mana-mana kelab. “Masih belum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya