KEMAMAN 20 Mei – Polis menahan lima lelaki yang berjinak-jinak mengedar dadah di daerah ini sejak awal tahun dalam serbuan di Kampung Mak Cili Paya dekat sini pada awal pagi Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim memberitahu, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat 154.8 gram, syabu (1.80 gram) dan pil kuda (220 biji) yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM12,360. Katanya, semua suspek yang berusia antara 24 hingga 40 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. “Empat daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya