KUALA LUMPUR 21 Mei – Lima anggota polis ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kelmarin, selepas dipercayai terlibat memiliki kad pengenalan individu lain dan dadah dipercayai syabu. Difahamkan, turut ditahan iaitu seorang orang awam yang turut terlibat. Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 6.11 petang itu, kesemua mereka ditahan dalam sebuah van Balai Polis Bergerak di Pandan indah, dekat sini. Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek berusia 30 hingga 34 tahun itu merupakan anggota tugas am yang terlibat dalam sekatan jalan raya di kawasan terbabit. “Hasil maklumat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya