KUALA LUMPUR 27 Mei – Kedah memusnahkan impian Selangor untuk mengutip mata penuh di laman sendiri selepas tewas 1-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. Skuad pelawat berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tandukan mudah Baddrol Bakhtiar selepas menerima lambungan cantik daripada Mohd. Syazwan Zainon dari sebelah kiri pasukan tuan rumah. Bersambung babak kedua, skuad Lang Merah menambah jaringan sekali lagi hasil umpanan Syazwan yang disudahkan oleh Liridon Krasniqi pada minit ke-52. Tersentak dengan jaringan itu, Selangor kembali bangkit merapatkan jurang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya