BEIJING – Perdana Menteri China, Li Keqiang mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia, menurut laporan Xinhua. Dalam perutusan tahniah itu, Li berkata, Dr. Mahathir telah banyak menyumbang terhadap pembangunan Malaysia dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, hubungan China-Malaysia serta kerjasama di Asia Timur. Li berkata, China memberi perhatian khusus terhadap hubungannya dengan Malaysia. Kedua-dua negara adalah berjiran dengan menjalin persahabatan tradisional dan perkembangan hubungan dua hala kekal dalam momentum baik. Li berkata, beliau bersedia bekerjasama dengan Dr. Mahathir dalam menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dua hala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya