PASIR PUTEH – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) memandang serius reaksi penduduk mengenai haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan awam dengan mengambil tindakan sewajarnya menerusi Peraturan Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengatasi permasalahan itu. Setiausaha MDPP, Ahmad Shargowi Derahman berkata, pihaknya sedang menjalankan operasi menangkap haiwan tersebut berasaskan keperluan dan bertindak segera berdasarkan aduan awam. Menurutnya, seramai 13 anggota penguat kuasa MDPP telah menjalankan tanggungjawab melakukan tangkapan yang melibatkan lembu yang dilepas terbiar oleh pemiliknya. “Kami bertindak selepas menerima aduan awam mengenai berpuluh-puluh ekor lembu memasuki kawasan Pejabat Pendaftaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya