BISHKEK, Kyrgyzstan – Satu klip video yang dimuat naik ke internet menunjukkan seorang lelaki yang dilahirkan tanpa tangan kanan berjaya menggerak tangan bioniknya dengan menggunakan arahan otak. Rakaman itu menunjukkan lelaki yang tidak didedahkan identitinya menguji tangan robotik berkenaan selepas disambungkan pada cip yang ditanam di dalam otaknya. Dia kelihatan mampu berjabat tangan dengan seorang doktor, Sultan Tukeshov yang melakukan prosedur berkenaan. Lelaki itu kemudian cuba memegang satu botol plastik dan menggenggam tangan kirinya. Tangan bionik dengan lima jari itu dipasang pada lengan kanan lelaki berkenaan di Hospital Kebangsaan Kyrgyzstan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya