BINTULU – Mayat lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas disedut ke dalam lubang pembentung dasar sungai di Ladang Sebubu, Jalan Pesisir Bintulu/Miri ditemui semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat Nor Alam, 26, dijumpai pukul 9 malam. “Mayat mangsa ditemui pekerja ladang di hujung pembentung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. “Jenazahnya telah diserahkan kepada polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. Terdahulu, mangsa bersama rakannya ke kawasan itu untuk bermandi-manda sebelum mereka disedut air pembentung sungai berkenaan pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya