KUALA LUMPUR 13 Mei – Seorang lelaki menerima 14 jahitan di kepala selepas dipercayai terkena serpihan cermin tingkap yang dibuang dari tingkat atas sebuah rumah pangsa di Subang Jaya, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.10 malam ketika mangsa yang berusia 47 tahun berada di bawah blok rumah pangsa itu. “Kita percaya mangsa cedera selepas terkena serpihan cermin tingkap yang dibuang dari atas rumah tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Mohammad Azlin, suspek masih belum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya