PERSEMBAHAN bertenaga kumpulan BTS pada majlis Billboard Music Awards 2018 (BBMAS2018) meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia sementelah acara tersebut turut mencuri tumpuan jutaan khalayak. Disebabkan pengaruh tersebut, klip video lagu baharu mereka, Fake Love yang baru dimuat naik ke YouTube pada 18 Mei lalu mendapat reaksi bagai pisang goreng panas daripada peminat. Sekitar sembilan jam selepas dimuat naik, klip video Fake Love mencecah tontonan lebih 100 juta. Kejayaan tersebut lantas menjadikan mereka, band Korea Selatan dengan klip video paling cepat meraih tontonan di YouTube. Terus mencipta sejarah, Fake Love…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya