KEJAYAAN Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu bukan sahaja melakar sejarah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, bahkan rakyat Malaysia dikatakan buat pertama kalinya akan menyaksikan jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang oleh seorang wanita. Buat masa ini, nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, 66, disebut-sebut bakal mengisi jawatan pemimpin nombor dua negara itu. Hakikatnya, pelantikan wanita sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang luar biasa. Terdapat banyak negara di dunia termasuk di benua Asia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya