BUKIT batu kapur di Kampung Paya Gunung yang terletak lapan kilometer dari bandar Jerantut, Pahang menjadi tarikan baharu sektor pelancongan negeri menerusi kegiatan sukan ekstrem mendaki, eksplorasi gua dan perkhemahan. Lereng Bukit Paya Gunung yang dikenali sebagai via ferrata menjadi tumpuan pendaki untuk menikmati pemandangan kawasan kampung, bandar Jerantut, Felda, gua bersejarah Kota Gelanggi dan Gunung Senyum. Dalam bahasa Itali, via ferrata bermaksud ‘laluan besi’ melibatkan lereng bukit yang mempunyai anak tangga besi, rel dan kabel yang melekat pada permukaan batu serta menuruni cerun dengan tali. Via ferrata Bukit Paya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya