JAKARTA 16 Mei – Empat lelaki menaiki sebuah kenderaan bertindak menyerang ibu pejabat polis Pekanbaru, Riau, dipercayai berkaitan dengan siri serangan pengganas sejak Ahad lepas. Dalam kejadian 9 pagi tadi waktu tempatan, keempat-empat suspek mati ditembak oleh polis manakala seorang anggota polis maut dan dua wartawan cedera akibat dilanggar kenderaan suspek. Menurut jurucakap polis Riau, Sunarto, suspek berkenaan yang menaiki kenderaan Toyota Avanza bertindak melanggar pintu pagar ibu pejabat polis Pekanbaru menyebabkan seorang anggota polis terbunuh. Polis kemudiannya menembak mati keempat-empat suspek terbabit. Media Indonesia melaporkan dua wartawan iaitu daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya