KOTA BHARU 12 Mei – UMNO Bahagian Pengkalan Chepa hari ini mengumumkan keluar daripada parti berkenaan serta-merta. Ketua Puteri UMNO Bahagian itu, Zarina Md Eusope berkata, beliau dan kira-kira 30 ahlinya perlu memikirkan mengenai hala tuju Barisan Nasional (BN) yang bukan lagi memerintah negara. “Saya telah buat keputusan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). “Orang ramai perlu rasional kerana ini bukan satu tindakan keterlaluan dan saya juga berfikir panjang bersama penyokong yang ada bersama hari ini. “Saya berterima kasih kepada kepemimpinan kerajaan terdahulu kerana telah memimpin negara dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya