JURULATIH Kuala Lumpur, Fabio Silva tetap memberikan sepenuh kepercayaan kepada pemain sedia ada bagi menggantikan pemain tengah, Paulo Jouse dan Zhafri Yahya yang digantung perlawanan ketika mereka perlu berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. Josue dan Zhafi digantung satu perlawanan selepas mereka mengumpul kad kuning ketiga ketika skuad Warga Kota melakukan kebangkitan menewaskan Kelantan 5-1 di Cheras Selasa lalu. Silva belum memutuskan individu yang bakal menggantikan dua posisi tersebut kerana masih memberikan peluang kepada semua pemain untuk melakukan yang terbaik dalam sesi latihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya