PERDANA Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk bertindak selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini dengan melakukan beberapa perubahan drastik. Selepas mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bercuti berkuat kuasa serta-merta, beliau turut memendekkan kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah. Selain itu, siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dibuka semula. Dalam usaha untuk memperbetulkan semula pentadbiran negara, beliau telah mengadakan pertemuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya