PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berjumpa dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu depan bagi membincangkan caruman khas untuk suri rumah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail berkata, inisiatif tersebut adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara. “Kita akan mengadakan perjumpaan dengan pihak KWSP bagi menentukan mekanisme dan kaji dengan mendalam pelaksanaan…










