PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) meminta pihak sekolah supaya tidak lagi membebankan guru dengan penyediaan dokumen berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi tahun 2017. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, guru sebaliknya perlu melihat ke hadapan dengan menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi kepada murid. Menurutnya, audit SKPMg2 yang dilaksanakan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati kekeliruan dalam kalangan pihak sekolah berlaku kerana mereka tidak jelas berkaitan dokumen yang perlu dibawa untuk diaudit. Kementerian itu berkata, bukti yang sepatutnya dibawa pihak sekolah hanyalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya