SEOUL 12 Mei – Korea Utara akan memulakan operasi merobohkan tapak ujian nuklearnya antara 23 dan 25 Mei ini bergantung kepada keadaan cuaca. Menurut laporan media, operasi tersebut dilakukan bagi menunaikan ikrar menghentikan ujian nuklear negara itu yang dibuat bulan lalu. Agensi berita pusat negara itu berkata, operasi tersebut akan melibatkan pelan meruntuhkan semua terowong tapak tersebut menggunakan bahan letupan, menyekat pintu masuknya dan mengeluarkan semua kemudahan pemerhatian, bangunan penyelidikan dan pos kawalan keselamatan. Wartawan dari negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, akan dijemput untuk membuat liputan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya