Jika di Malaysia, sukar untuk kita tentukan minuman yang paling sinonim ketika berbuka puasa, laporan media dan data-data di internet nampaknya memberikan jawapan yang hampir pasti tentang minuman iftar popular masyarakat Arab terutama di negara-negara Asia Barat. Baik Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syria, Iraq, Qatar, Kuwait atau manapun jua, terdapat sejenis minuman yang secara tradisinya begitu popular dikaitkan dengan Ramadan. Agak mengejutkan kerana ia bukanlah minuman yang berasal dari rantau itu sebaliknya ia berasal dari Britain. Minuman yang dimaksudkan ialah kordial berwarna ungu yang tidak mengandungi alkohol, Vimto.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya