JAM menunjukkan pukul 3 pagi. Pekan Karak yang tidak pernah sunyi ‘meriah’ dengan kehadiran konvoi Kelab Pemilik Nissan Teranno (TCM) dengan 40 peserta termasuk 15 ahli kelab. Masjid Jamek menjadi tempat pertemuan kami. Konvoi kami turut disertai dua buah Pajero dan sebuah Toyota Hilux. Selesai solat subuh, kami menikmati sarapan di restoran berhampiran sambil berkenalan sesama sendiri. Kebanyakan kami tidak pernah bersua muka, hanya berborak melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Ketua konvoi, Reduan Zainal Abidin, 40, berkata, perkhemahan di Hutan Simpan Telemong di Karak, Pahang itu adalah aktiviti pertama TCM pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya