GIGIH. Seramai 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor termasuk tiga guru telah menyertai Konvensyen Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (HePiLI) di Hospital Permai, Johor Bahru baru-baru ini. Program itu bertujuan melahirkan pelatih-pelatih muda yang mahir dalam bidang kecergasan dan kesihatan. Terdapat banyak pertandingan telah dilaksanakan antaranya ialah senam sihat dan lompat tali. SMK Kota Masai 2 telah terpilih untuk beraksi di peringkat kebangsaan dalam acara tersebut yang akan diadakan pada Julai ini. Konvensyen tersebut dikelolakan Kelab Doktor Muda Negeri Johor.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya